Pada 11 Mac 2015, sekolah telah menerima sebanyak 41 unit Netbook 1Malaysia berjenama Asus. Berikut adalah sedikit info mengenai netbook-netbook tersebut :
Kesemua netbook adalah sumbangan daripada Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia Malaysia (SKMM)
Kesemua netbook didaftarkan dalam KEW PA-3 (Daftar Inventori / Daftar Aset Nilai Rendah) kerana kesemua netbook tidak akan diselenggara apabila rosak. Sebaliknya, netbook-netbook yang rosak akan digantikan dengan netbook yang baru
Seperti aset kerajaan yang lain, kesemua netbook MESTI disimpan di tempat yang selamat daripada kecurian, kebakaran dan banjir
Guru, staf dan juga murid boleh menggunakan netbook-netbook tersebut
Kesemua netbook diharap dapat digunakan dengan semaksima yang mungkin.
Sila berjumpa dengan Cik Nadiah untuk proses penggunaan, peminjaman dan pemulangan. :)