Sunday 5 March 2017

[INFO] Yes Go 4G Dongle

1BestariNet
Terma Dan Syarat Pelan Data Guru

Guru-guru yang dihormati,

Dengan sukacitanya kami ingin memaklumkan bahawa akaun 1BestariNet yang diperuntukkan kepada guru-guru di bawah fasa 1 akan dipertingkatkan di bawah fasa 2 1BestariNet. Di bawah fasa 2, setiap guru individu diberi 2GB data setiap bulan di bawah "Pelan Data Guru" untuk menggalakkan lagi pengajaran dan pembelajaran melalui ICT.

Ciri-ciri utama "Pelan Data Guru" adalah seperti berikut:


  • Melalui "Pelan Data Guru" setiap guru akan menikmati muatan pelan data sebanyak 2GB setiap bulan ("Data Bulanan 1BestariNet")
  • Guru-guru adalah dinasihatkan untuk menggunakan Data Bulanan 1BestariNet secara sepenuhnya setiap bulan kerana baki Data Bulanan 1BestariNet yang tidak diguna tidak boleh dipindahkan ke bulan seterusnya
  • Penggunaan Data Bulanan 1BestariNet tidak akan diambil kira selagi guru mengakses ke dalam VLE tetapi sekiranya guru mengakses ke dalam kandungan internet pihak ketiga yang terdapat dalam VLE seperti video, YouTube maka Data Bulanan 1BestariNet akan diambil kira bergantung kepada penggunaan oleh guru berkenaan
  • Sila ambil perhatian bahawa Data Bulanan 1BestariNet ini hendaklah digunakan bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran sahaja
  • Sila juga ambil perhatian bahawa "Pelan Data Guru" adalah tertakluk kepada terma dan syarat terperinci perkhidmatan di www.yes.my


SUMBER 

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.